FutureTeacher

Its about student who will become a teacher one day.
 
HomeHome  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  
Jangan lupa melawat ruangan Gallery dan lihat sejarah perkembangan banner FutureTeacher! Sesiapa yang mahu menyumbang kreativiti dalam mereka bentuk banner FutureTeacher bolehlah memuat naik banner nukilan anda ke dalam Gallery FutureTeacher ya~~~admin.
Mari mengundi beramai-ramai untuk PALESTIN di http://www.israel-vs-palestine.com/IE/EN/vote
Linksite Open. Now you can access our other friendsites.
Praktikum 3 Hampir Tamat!!!
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Introduce please
Fri Apr 16, 2010 8:17 pm by encik_donut

» sambutan Aidilfitri
Tue Sep 15, 2009 2:47 pm by encik_donut

» what is the best thing ever happened in your life and vice versa..?
Thu Sep 03, 2009 6:54 am by encik_donut

» WABAK H1N1 SEMAKIN MENULAR DI MALAYSIA DAN DI NEGARA LUAR.....
Sat Aug 08, 2009 9:30 pm by sayaGEMOK

» CIRI-CIRI JPP YANG KITA MAHU DAN TIDAK MAHU
Wed Jul 22, 2009 4:05 pm by encik_donut

» Komputer oh komputer
Fri Jun 19, 2009 11:16 pm by sayaGEMOK

» Motivasi Diri
Fri Jun 19, 2009 4:48 pm by encik_donut

» <3 @ </3
Thu Jun 18, 2009 3:02 am by sayaGEMOK

» Kata-kata Pujangga/Quotes
Thu Jun 18, 2009 1:05 am by sayaGEMOK

LinkSites
 IPDA
 EMOE
 Utusan Online
 Mathematics Blog
 Laksanamanira
 izuanrahman
Waktu Malaysia
Waktu Solat
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Share | 
 

 Motivasi Diri

Go down 
AuthorMessage
saruvari
Forum Advisor
Forum Advisor
avatar

Female Number of posts : 3
Age : 50
Location : Jitra
Registration date : 2009-02-12

PostSubject: Motivasi Diri   Wed Feb 18, 2009 3:42 pm

Hilang mood belajar? Rasa jemu dan bosan untuk belajar? Belajar banyak-banyak tapi tak masuk?

Mungkin masalah-masalah seperti ini pernah kita alami, terutamanya bagi golongan mahasiswa. Kadang-kadang kita rasa termotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh terutamanya setelah melihat kejayaan-kejayaan orang lain, tapi tidak lama kemudian semangat itu tiba-tiba luntur apabila datangnya perkara-perkara lain yang mengalihkan perhatian kita.

Oleh itu saya rasa ada baiknya jika kita cuba perhatikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk memotivasikan kita agar menjadikan aktiviti belajar itu sebagai sesuatu yang tidak membosankan, malah, menyeronokkan. Insya Allah.

1. Bina mindset “cinta ilmu”

Apabila seseorang itu melihat aktiviti belajar itu sebagai beban atau kewajiban semata-mata, dia boleh jadi jemu untuk belajar dan studinya juga tidak konsisten. Dengan berfikiran sebegini, walaupun dia telah menghabiskan banyak masa untuk belajar, disebabkan dia “belajar secara paksa”, maka dia boleh mengalami stress dan kemurungan.

Penyakit-penyakit lain seperti infeksi kuman dan peptic ulcer mungkin menyusul.

Jika anda mempunyai persepsi begini, beritahulah kepada diri anda: “Belajar itu seronok, bukankah seronok jika saya dapat tahu banyak perkara? Selain itu, jika saya belajar dengan ikhlas, saya akan mendapat ganjaran Allah, baik berupa nikmat dunia dan akhirat”. Ini hanyalah satu contoh. Anda boleh buat ayat sendiri.

RIngkasnya, nasihatlah dan pujuk diri anda untuk menganggap belajar itu sebenarnya menarik dan menyeronokkan. Ini merupakan cara fikir yang diamalkan oleh ramai ilmuan terkemuka, hinggakan ada antara ulama yang ketika sakit hendak meninggal dunia pun masih mahu dibacakan hadith ke telinganya!

Anda perlu memikirkan semua faedah-faedah yang akan anda dapati jika anda belajar, dan sematkan betul-betul ke dalam diri dan minda. Ini akan mencetuskan mood untuk belajar. Pendek kata, ramai orang tidak suka belajar kerana mereka tidak menghayati akan manfaat besar yang boleh didapati daripada belajar. Mereka tahu belajar itu banyak faedah, tapi tidak menghayatinya dan tidak mengharapkan faedah tersebut.

2. Berfikir seperti seorang penyiasat

Kenapa seseorang itu cepat bosan dalam belajar ialah kerana dia tidak melihat buku-buku rujukan atau sebarang bahan ilmiah sebagai hal yang menarik.

Mungkin ada orang akan mempersoalkan: “Apa? Maklumat dalam buku teks tu hal yang menarik??” Mereka berasa pelik, atau mungkin terasa lucu mendengar kenyataan tersebut.

Saya tidak nafikan memang bagi kebanyakan orang (kecuali mereka yang sangat cintakan ilmu), buku-buku teks yang sarat dengan maklumat itu bukan hal yang menyeronokkan untuk dibaca. Sebenarnya ini juga merupakan salah satu cabang masalah mindset seperti di atas.

Jadi di sinilah peranan “berfikir seperti penyiasat” boleh membantu.

Seorang penyiasat akan melihat setiap maklumat seperti kepingan-kepingan puzzle yang bersepah, menunggu untuk disatukan. Mereka juga akan bersikap kritikal terhadap yang diterima; kerana jika tersalah terima maklumat maka ini akan mencacatkan penyiasatan. Dalam erti kata lain, mereka bersikap proaktif dalam usaha mereka mengumpul maklumat. Mereka mencari, menganalisa dan memberi respon akan segala maklumat yang mereka perolehi.

Seperti itulah anda (sebagai seorang pelajar) harus berfikir. Apabila anda membuka buku teks, jangan terus baca dan serap seperti span menyerap air. Perbuatan begini akan menyebabkan anda menjadi bosan dalam masa yang singkat.

Sebaliknya anda perlu melihat bagaimana satu-satu maklumat itu boleh dikaitkan antara satu sama lain, susunan organisasi maklumat itu, kewujudan persoalan-persoalan berkaitan maklumat tersebut. Cuba fikirkan apakah ada hubung kait maklumat itu dengan tajuk seterusnya mahupun dengan subjek-subjek yang lain.

Apabila maklumat itu telah dikaitkan atau diintegrasikan antara satu dengan yang lain, selain memberikan kepuasan yang lebih dalam proses pembelajaran, keadaan ini memudahkan anda dalam proses mengingat. Ini kerana apabila anda teringat sesuatu maklumat, maka secara automatik anda akan turut teringat maklumat-maklumat lain yang ada bersangkut-paut dengannya. Ini menjadikan pengetahuan anda lebih luas, komprehensif dan mendalam.

Apabila sedang mengambil sesuatu maklumat, fikirkan soalan-soalan seperti “Why? What for?”. Jika sesuatu maklumat itu diketahui sebab dan tujuannya, maka ianya akan lebih kekal di dalam minda, dan lebih menarik untuk dipelajari. Ini kerana maklumat itu kini menjadi semakin signifikan bagi diri anda.

Dengan cara ini, lambat laun anda akan menyedari bahawa aktiviti belajar sebenarnya tidaklah bosan, malah menarik dan menyeronokkan. Insya Allah.

Berfikirlah secara kritikal. Jangan hanya hafal saja. Nanti cepat bosan.

3. Wujudkan sikap ingin ambil tahu (inquisitive attitude)

Saya teringat bagaimana seorang pensyarah (seorang pakar bedah) mengatakan kepada kami betapa pentingnya untuk mempunyai sikap ambil tahu yang tinggi.

Kata-katanya benar. Inilah sikap sebenar penuntut-penuntut ilmu yang berjaya. Lihatlah Imam Bukhari sebagai contoh. Beliau sanggup berkelana dari satu negeri ke negeri yang lain hanya untuk mencari hadith. Malah, walau hanya kerana satu hadith saja pun beliau sanggup berbuat demikian. Inilah sikapnya yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, selain cintanya yang tinggi terhadap ilmu hadith. Semoga Allah merahmatinya.

Jika anda terasa tidak tahu akan sesuatu perkara, anda perlu ada rasa tidak senang hati. Sama ada anda pergi bertanya kepada guru atau pensyarah akan jawapannya, ataupun anda pergi menggeledah perpustakaan mencari jawapan yang anda inginkan, dan kedua-duanya termasuk perbuatan yang positif sebagai seorang penuntut ilmu.

Anda sedang respon terhadap ketidaktahuan, lalu cuba mengatasinya dengan mencari jawapannya.

Jangan biarkan diri dalam ketidaktahuan. Binalah satu prinsip diri, bahawa ketidaktahuan itu adalah satu masalah yang berat dan tidak boleh dibiarkan berlanjutan.

Percayalah, tatkala anda bersusah-payah mencari jawapan yang anda inginkan, kemudian anda menemui jawapan tersebut, anda akan berasa puas dan gembira. Malah, disebabkan anda bersikap aktif (bukan pasif) untuk mencari jawapan tersebut, maklumat (jawapan) tersebut akan lebih kekal dalam minda anda. Insya Allah.

Sebagai seorang pelajar, anda harus sedar bahawa ilmu harus dicari dan dikumpul sebanyak mungkin. Tamakkan diri dalam mencari ilmu. Anda mesti berazam untuk menjadi KAYA dengan maklumat-maklumat berguna.

Jika diandaikan otak anda sebagai seorang usahawan atau pelabur, maka sebarang maklumat adalah ibarat wang atau stok. Tanpa maklumat, otak anda tidak boleh memberi manfaat kepada diri anda.

Saya teringat satu kata-kata yang bagus, dan saya jadikan ia sebagai contoh dalam penulisan ini: Jika anda ingin cekap berbahasa Inggeris, kayakan diri dengan mengetahui sebanyak mungkin perkataan-perkataan (vocabulary) bahasa Inggeris. Sungguhpun anda fasih dan mahir dalam tatabahasa (grammar) bahasa Inggeris, jika anda tidak tahu perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris, maka kemahiran tatabahasa anda itu sia-sia sahaja.

4. Menulis jurnal akademik (diari) peribadi

Sebagai penuntut ilmu, dapatkan sebuah buku tulis untuk anda merekodkan jurnal peribadi tentang usaha akademik anda. Tuliskan apa-apa yang telah anda faham atau kuasai secara umum, dan tuliskan juga masalah-masalah seperti hal-hal yang tidak faham, kontradiksi sesama maklumat dan sebagainya. Dalam erti kata lain, jurnal akademik anda ini seolah-olah seperti buku log seorang penyiasat. Bezanya, jika seorang penyiasat itu mencatat status penyiasatan sesuatu kes, anda mencatat status penyiasatan ilmiah anda.

Tuliskan juga apakah penghayatan yang anda peroleh dari maklumat tersebut (jika ada). Tuliskan juga perasaan syukur dan gembira anda kerana telah berjaya mempelajari sesuatu yang berguna. Nyatakan harapan anda terhadap hal yang baru anda pelajari tersebut. Nyatakan juga pada hari itu, sejauh manakah anda telah menguasai ilmu tersebut (status penguasaan ilmu, boleh ditulis dalam bentuk peratusan’ %’), dan apakah ada lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu anda cuba atasi.

Tulislah apa saja yang anda rasa perlu berkaitan usaha anda dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Diharapkan penulisan jurnal (atau diari) akademik peribadi ini akan membuatkan anda lebih serius dalam belajar. Apabila anda hilang semangat belajar, belek-beleklah jurnal tersebut, mungkin akan terlintas semangat baru setelah anda membaca kembali perasaan peribadi anda dan semangat anda yang lepas-lepas.

Takluklah dan penuhi minda anda dengan fokus dalam usaha menuntut ilmu, itulah sebenarnya apa yang cuba dicapai dengan melakukan penulisan jurnal sebegini.

Apabila menambah ilmu itu menjadi satu hal yang sangat-sangat kita inginkan, maka kita akan melihat aktiviti belajar itu sebagai satu rutin yang menarik untuk dilakukan.

Malah, sampai-sampai boleh jadi hobi pula. ^_^

Insya Allah!

Artikel ini saya dapat dari seorang kenalan
InsyaAllah berguna untuk semua
Back to top Go down
View user profile
SuperNova
Admin
Admin
avatar

Male Number of posts : 199
Age : 32
Location : Jitra (KL)
Course : PISMP-IPGM Mathematics Gen 1
Registration date : 2009-02-07

PostSubject: Re: Motivasi Diri   Wed Feb 18, 2009 4:00 pm

InsyaAllah lepas ni kami lebih bersemangat utk menimba ilmu..rasanya tips yg no 4 tu kami da amalkan da seperti log book yg ditulis setiap minggu.tips2 yg lain tu akan disusul kemudian

Thanks Puan for ur support. cheers cheers

_________________
By learning you will teach;
by teaching you will understand.
Latin Proverb
Back to top Go down
View user profile http://futureteacher.forumotion.com
encik_donut
Admin
Admin
avatar

Male Number of posts : 421
Age : 31
Location : jitra (tp org jOhor eaa!)
Course : PISMP IPGM Mathematics Gen 1
Registration date : 2009-02-07

PostSubject: Re: Motivasi Diri   Wed Feb 18, 2009 5:44 pm

terima kasih puan atas cetusan idea puan tu,,
insya ALLAH
nasihat puan akan kami turuti semampu mungkin..
mmg kita x lari drpd wkt2 di mana kita semacam putus asa n rs x guna je blajo tp x masuk3 gk kann..
rasanya smua student pernah rs mcm tu..
so tq puan saru 4 the self motivation tips,,
hehehe.. jgn ingt lagho jee dlm forum ni.. (reminder buat admin la ni,hehe)
kita da ada advisor kat cni ekk..
so kalo ada pape mslh or pape bole jek consult puan saru niiey..

pada sape3 yg nak share input berguna bole laaa post kat sni ek..
kat topic ilmiyah nii..
insya ALLAH input yg anda kongsikan ada faedahnya pada kwn3 dn pada diri kita sendiri..

keep on posting to get promoted,guys!!

Arrow study
Back to top Go down
View user profile http://my.muxlim.com/dashboard/
sayaGEMOK
Sojouner Truth
Sojouner Truth
avatar

Female Number of posts : 173
Age : 29
Location : sayS : Jitra.Kdh
Course : pismp PEM...:))
Registration date : 2009-05-13

PostSubject: Re: Motivasi Diri   Thu Jun 18, 2009 2:51 am

WAJAH KESAYANGAN……

Pernahkah anda menatap wajah orang-
orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah, lihatlah ibu anda....Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai, sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat...Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah? Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...
Back to top Go down
View user profile
encik_donut
Admin
Admin
avatar

Male Number of posts : 421
Age : 31
Location : jitra (tp org jOhor eaa!)
Course : PISMP IPGM Mathematics Gen 1
Registration date : 2009-02-07

PostSubject: Re: Motivasi Diri   Fri Jun 19, 2009 4:48 pm

LAFAZ YANG TERSIMPAN

~sebuah lagu yang mengisahkan betapa seorang anak yang sangat menyayangi ibu bapanya yang tua, dan dia menzahirkan kasih-sayang melalui tingkah-laku dan penjagaan, namun tidak pernah mengungkapkan kasihnya itu, hingga anak itu akhirnya menyesal kerana tidak dapat melafazkan kasihnya kepada mereka sehingga mereka meninggalkan dunia ini.

Pilu hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih kuzahirkan laku
sedangkan bibirku
jauh dari lafaznya

dan raut tuamu
memberkas jiwaku
meredakan rindu
mendamaikan kalbu
tak mungkin kutemu
iras sentuhanmu
biarpun kuredah seluruh dunia
mencari gantimu

betapa sukarnya
menyusun bicara
meluahkan rasa
menuturkan sayang
kasih yang terlimpah
hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
kalimah rahsia

masih kubiarkan waktu
melarikan lafaz
kasihku padamu

mengapakah sukar
apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan
penuh kejujuran
tak mungkin terlihat
cinta yang merona
jika hanya renungan mata yang bersuara
bukan atur kata

tiada lagi etinya pengucapan
andai akhir nafas di hujung helaan

sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan...


adakah kita sudah dan akan mengucapkan kasih kepada ibu bapa kita hari ini?
Back to top Go down
View user profile http://my.muxlim.com/dashboard/
Sponsored content




PostSubject: Re: Motivasi Diri   

Back to top Go down
 
Motivasi Diri
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FutureTeacher :: Random/Ape-ape Aja :: Ilmiyah-
Jump to: